Peraturan

PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
*Semua murid yang menuntut di sekolah ini, semua guru dan pekerja  yang berkhidmat 
  di dekolah ini  layak secara automatik sebagai ahli PSS sekolah ini.


*Setiap murid diwajibkan membuat kad ID untuk pinjaman dan permulangan buku.


*Pelanggan dilarang membuat bising ketika berada di dalam PSS.


*Kebersihan adalah tanggungjawab bersama.


*Pelanggan dilarang membawa beg ke dalam PSS.


*Pelanggan dilarang makan dan minum ketika berada di dalam PSS.


*Pelanggan dilarang membawa keluar barang di dalam PSS.


*Pelanggan dilarang mengoyak,menconteng,merosakkan buku hak milik PSS.


*Pelanggan tidak dibenarkan masuk ke dalam PSS tanpa urusan atau kebenaran guru.


*Murid tidak di benarkan mengguna atau menggendalikan alat elektrik tanpa 
  bimbingan guru dan pustakawan.


*Pinjaman hanya dibenarkan terhadap buku yang telah dikatalogkan.


*Keselamatan diri dan peralatan  adalah tanggungjawab bersama,PSS 
  tidak akan bertanggungjawab terhadap kecederaan yang disebabkan 
  kelalaian pelanggan sendiri semasa  berada di PSS.


*Sebelum meninggalkan PSS, pelanggan diminta memasukkan semula 
 kerusi di bawah  meja dan buku yang telah digunakan diletakkan di dalam 
 rak semula seperti keadaan asal.


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
PERATURAN PINJAMAN BUKU
 *Semua murid di dalam sekolah ini, layak untuk membuat pinjaman 
   buku di PSS sekolah.


*Semua murid hanya boleh meminjam dua buah buku setiap kali 
  membuat pinjaman.


*Tempoh pinjaman buku selama tujuh hari bagi buku berlabel putih 
  dan 1 hari bagi buku yang berlabel hijau.


*Denda dua puluh sen akan dikenakan bagi peminjam yang lewat 
  memulangkan buku.


*Setiap murid yanh mahu meminjam buku haruslah mempunyai kad 
  keahlian (ID).


*Kad keahlian bolehlah dibuat dengan mengisi borang keahlian dan 
  dikenakan  bayaran RM 2.00.


*Sekirannya kad ID hilang, peminjam haruslah me,bayar RM 4.00 
  sebagai ganti rugi dan membuat kad ID yang baru.


*Kad ID tidak boleh bertukar milik. Kehilangan kad ID haruslah dilaporkan
 segera kepada guru atau kakitangan sekolah.


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________




PERATURAN PEMAKAIAN BAGI PENGAWAS PSS



contoh :: pemakaian pengawas PSS bagi
pelajar lelaki


contoh :: pemakaian pengawas PSS bagi
pelajar perempuan



__________________________________________________________________
__________________________________________________________________